SEJARAH

Sejarah Statistik

  • Perkataan statistik  berasal dari perkataan Itali statista bermaksud ‘statesman’. 
  • Perkataan ini pertama kali digunakan  oleh Gottfried Achenwall (1719 - 1722), seorang professor di Marlborough and Gottingen. 
  • Tetapi, Dr.  E. A. W. Zimmerman adalah orang yang pertama  memperkenalkan  perkataan statistik  di England. Penggunaannya dipopularkan oleh Sir John Sinclair  dalam  Statistical Account of Scotland 1791 - 1799. 
  • Namun begitu, sebelum kurun ke-18 lagi data telah pun direkod dan digunakan dengan meluas.          
  • Sejak dulu lagi statistik digunakan digunakan secara rasmi sebagai kaedah penyimpanan maklumat kerajaan. 
  • Kerajaan-kerajaan dahulu kala seperti kerajaan Babylon, Mesir dan Rom menyimpan rekod tentang populasi dan sumber-sumber yang penting. 
  • Di Zaman Pertengahan, kerajaan telah mendaftarkan nama-nama tuan tanah. 
  • Pada 762 sebelum masehi pula, Charlemange telah mengarahkan semua harta pihak gereja didaftarkan . 
  • Awal kurun ke-19 pula, telah terdapat satu data lengkap berkaitan harga tanah dan tuan tanah di England. Ini merupakan data pertama yang dikumpul secara statistik di England.     
  • Semasa wabak penyakit melanda benua Eropah pada sekitar tahun 1532, England mula mendaftarkan kelahiran dan kematian rakyatnya mengikut jantina. 
  • Data-data in akan diterbitkan secara mingguan. Amalan ini diteruskan dan pada tahun 1662, Kapten John Graunt menggunakan data yang telah dikumpul selama 30 tahun untuk meramalkan bukan sahaja kadar kelahiran tetapi juga kadar kematian mengikut penyakit dan jantina. 
  • Kajiannya dalam Natural and Political Observations...Made upon the Bills of Mortalitity, merupakan perintis dalam bidang statistik analisis. 
  • Kejayaannya menggunakan rekod yang lepas untuk membuat ramalan masa depan menyebabkannya diterima sebagai ahli Royal Society.


Tokoh Statistik


No comments:

Post a Comment